PELAKSANAAN

Zon Cyber Yellow melaksanakan dasar EKSA secara berperingkat. Ia melibatkan perlantikan organisasi untuk AJK Induk dan AJK EKSA di unit masing-masing. AJK EKSA Zon Siber dilantik melalui mesyuarat sektor yang telah dilaksanakan sebelum memulakan pembahagian tugas yang diketuai oleh ketua kumpulan. Pembahagian tugasan adalah mengikut kawasan tertentu dan berdasarkan warna yang telah ditetapkan. Perlaksanaan tugas dibahagikan mengikut ketua kumpulan  sebagaimana berikut:

1. Kumpulan Orchid - Unit Menengah

2. Kumpulan lavender - Unit Rendah
3. Kumpulan Carnation - Unit Perhubungan & Pendaftaran
4. Kumpulan Rafflesia - Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak & Prasekolah 


Zon Cyber Yellow juga telah merangka kerja dan tugasan dengan teratur yang sememangnya berkait rapat dari segi matlamat, objektif dan skema warna dengan Amalan EKSA yang sedang dipraktikkan.


                                              Carta organisasi EKSA  Zon Cyber Yellow



 PRINSIP EKSA

1 .  Go Green
       Reduce (mengurangi), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula)


2.   Penjimatan Tenaga



3.    5S


                                                                                                                                                                                                                                                              

SISIH

             SUSUN


ERAGAM

SENTIASA AMAL

5.3.1     Sisih

Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.


Aktiviti sisih melibatkan:

i.         Item yang tiada nilai dan senang dibuang perlu dibuang segera

ii.        Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan masa akan datang maka dihapuskan / dijual mengikut prosedur

iii.      Item yang tiada nilai tetapi melibatkan kos pelupusan tinggi, maka kaedah / kos yang paling rendah perlu ditentukan

5.3.2   Susun

Merujuk kepada prinsip "Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya". Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat.

Aktiviti ini melibatkan:

i.            Item disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out(Luput Dulu- Keluar Dulu) bagi item yang mempunyai tarikh luput. Jika item tidak mempunyai tarikh luput ATAU item-item yang mempunyai tarikh luput yang sama, maka aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu Keluar Dulu) akan digunakan.

ii.           Item dilabelkan dengan nama dan nombor indeks.

iii.          Item disimpan mengikut kategori.

iv.          Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat.

v.           Semasa bekerja, kedudukan fail aktif dan bahan rujukan semasa adalah di atas meja. Selepas digunakan, ia perlu disimpan kembali ke tempat asal.

5.3.3   Sapu

Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja.




Aktiviti ini melibatkan:

i.   Menetapkan pemilik (ownership) bagi ruang/perkakas dan mesin.
ii.  Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
iii. Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan

5.3.4   Seragam

i.            Piawaian persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat kerja bersih dan teratur sepanjang masa.
ii.           Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format.



5.3.5   Sentiasa Amal

Tindakan yang diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempertingkatkan EKSA.

Aktiviti ini melibatkan:

i.            Audit dalaman dilakukan secara berkala.
ii.           Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.
iii.          Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh           warga hospital
             Mengadakan program kesedaran EKSA (EKSA) secara berterusan melalui latihan.




FAEDAH MELAKSANAKAN EKSA

•  Aliran operasi kerja yang cekap
•  Tempat kerja lebih bersih, teratur dan selamat
•  Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas
•  Mengurangkan kelewatan masa memproses  perkhidmatan
•  Mengoptimumkan penggunaan  ruang kerja secara  berkesan
•  Mengurangkan rungutan pelanggan



KUNCI KEJAYAAN EKSA
•  Sokongan dan komitmen berterusan dari Pengurusan Atasan
•  Merangka pendekatan yang sistematik (PDCA)
•  Melatih semua peringkat pekerja untuk  mengamalkan EKSA
•  Mengadakan Kempen EKSA
•  Mengamalkan Penilaian Prestasi dan Sistem Ganjaran
•  Mengadakan lawatan ke organisasi Model EKSA terbaik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan