20 Mei 2015

Penjenamaan Semula...

EKSA (5S) merupakan penjenamaan semula konsep Amalan 5S oleh Pihak MAMPU untuk digunapakai dan diamalkan di Sektor Awam. Penjenamaan semula ini mula digerakkan pada tahun 2013 bertujuan untuk meningkatkan prestasi antara agensi kerajaan, Mewujudkan Identiti sendiri mengikut acuan tempatan, Memperagakan imej baru agensi sektor awam, kekal releven dan memenuhi keperluan semasa (penjimatan tenaga dan kitar semula).

Diantara objektif penjenamaan semula EKSA adalah seperti berikut:

a)    Mewujudkan imej koperat di Sektor Awam
b)    Menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif
c)    Merangsang kepelbagaian agensi
d)    Memupuk kreativiti dan inovasi dikalangan wargakerja sektor awam
e)    Mempertingkatkan penjimatan tenaga serta kitar semula (Go Green)

Faedah pelaksanaan EKSA:

a)    Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti (Bersih,Kemas dan Rapi)
b)    Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi
c)    Mengenalpasti,mengurang dan menghapuskan pembaziran
d)    Meningkatkan imej agensi sektor awam
e)    Menjana idea kreatif di kalangan warga Agensi
f)     Meningkatkan semangat kerja berpasukan
g)    Meningkatkan disiplin warga Agensi
h)   Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan
i)     Mewujudkan piawaian kerja yang jelas